
PEMASANGAN
QR PAYMENT (CASHLESS)
UPGRADE VENDING MACHINE ANDA DENGAN SISTEM PEMBAYARAN CASHLESS
Naik taraf mesin vending anda dengan sistem pembayaran tanpa tunai supaya pelanggan boleh membuat bayaran dengan lebih mudah, cepat dan moden.
Servis ini sesuai untuk pemilik vending machine yang ingin menerima bayaran melalui QR payment, e-wallet atau sistem cashless mengikut kesesuaian mesin.
Kami boleh bantu dari segi semakan awal mesin, pemasangan terminal, sambungan internet, tetapan sistem bayaran dan ujian transaksi sebelum mesin digunakan.
Sesuai Untuk:

CAN VENDING

VENDING MASSAGE CHAIR

SNACK COMBO

LAIN-LAIN VENDING MACHINE

COFFEE VENDING

MESIN SABUN VENDING
KENAPA PERLU PASANG QR PAYMENT PADA VENDING MACHINE?
Ramai pelanggan sekarang lebih selesa membuat bayaran secara cashless berbanding menggunakan wang tunai. Jika mesin anda hanya menerima duit kertas atau syiling, ada kemungkinan pelanggan tidak jadi membeli kerana tiada tunai ketika itu.
Dengan pemasangan QR payment / cashless terminal, mesin anda nampak lebih moden, mudah digunakan dan sesuai dengan gaya pembayaran masa kini.

KELEBIHAN SISTEM CASHLESS UNTUK VENDING MACHINE






1. MUDAHKAN PELANGGAN MEMBAYAR
Pelanggan boleh membuat bayaran menggunakan QR payment atau e-wallet tanpa perlu menyediakan duit tunai.

2. BANTU TINGKATKAN POTENSI JUALAN
Apabila proses bayaran lebih mudah, pelanggan lebih cenderung untuk menggunakan mesin anda, terutama di lokasi yang ramai pengguna cashless.

3. MESIN NAMPAK LEBIH MODEN
Vending machine yang dilengkapi sistem cashless kelihatan lebih profesional dan sesuai untuk lokasi seperti pejabat, mall, apartment, kilang, dobi dan kawasan komuniti.

4. LEBIH MUDAH UNTUK PANTAU TRANSAKSI
Bergantung kepada sistem yang digunakan, sesetengah cashless terminal membolehkan transaksi dipantau dengan lebih mudah berbanding kutipan tunai manual.
KENAPA PILIH RAKAN VENDING


BERPENGALAMAN HAMPIR 12 TAHUN
Kami mempunyai pengalaman luas dalam industri vending machine, khususnya dari sudut teknikal, operasi, repair dan penyelenggaraan mesin.
PAKAR DARI SUDUT TEKNIKAL
Kami bukan sekadar menjual vending machine. Kami juga membantu pelanggan memahami masalah teknikal, cara menjaga mesin dan solusi terbaik apabila mesin mengalami kerosakan.
FAHAM MASALAH SEBENAR DI LOKASI
Mesin vending di lokasi sebenar sering berdepan isu seperti duit tersekat, produk tidak keluar, terminal cashless offline, internet tidak stabil, motor tidak berpusing dan customer complaint. Kami bantu cari punca masalah dengan lebih praktikal.
FOKUS KEPADA SOLUSI YANG SESUAI
Tidak semua kerosakan perlu terus tukar komponen baru. Kami akan cuba semak dan baiki terlebih dahulu jika masih boleh dibaiki. Jika tidak sesuai untuk repair, barulah kami cadangkan penggantian komponen.
APA YANG KAMI BANTU?

1. Semakan Awal Mesin
Kami akan semak dahulu jenis mesin, sistem pembayaran sedia ada dan kesesuaian mesin untuk dipasang QR payment / cashless terminal.
2. Cadangan Sistem Cashless
Kami akan cadangkan setup yang sesuai mengikut jenis mesin, fungsi mesin dan keperluan operasi anda.
3. Pemasangan Terminal
Kami bantu pemasangan terminal cashless pada mesin vending anda mengikut kesesuaian ruang dan sistem mesin.
5. Testing Transaksi
Selepas pemasangan, kami akan buat ujian transaksi untuk pastikan bayaran berjaya diterima dan mesin boleh beroperasi dengan betul.
6. Panduan Penggunaan
Kami akan beri penerangan asas tentang cara penggunaan, semakan transaksi dan perkara penting yang perlu dipantau selepas pemasangan.
SESUAI UNTUK SIAPA?
Servis ini sesuai untuk:
- Pemilik vending machine yang masih menggunakan duit tunai sahaja.
- Pemilik vending massage chair yang ingin menerima QR payment.
- Pemilik mesin air, mesin sabun atau snack vending yang ingin naik taraf sistem bayaran.
- Operator vending yang ingin kurangkan isu pelanggan tiada cash.
- Peniaga yang mahu mesin nampak lebih moden dan mudah digunakan.

FAQ RINGKAS
Tidak semestinya. Ia bergantung kepada jenis mesin, board, sistem pembayaran sedia ada dan kesesuaian wiring mesin tersebut.
Kebiasaannya ya. Cashless terminal memerlukan sambungan internet seperti WiFi, router atau SIM card untuk proses transaksi.
Kos pemasangan bergantung kepada jenis mesin, terminal yang digunakan, keperluan wiring, router dan setup tambahan. Boleh WhatsApp kami untuk semakan awal.
Kos maintenance QR payment bergantung kepada merchant / provider cashless yang digunakan dan jenis sambungan internet di lokasi mesin.
Jika lokasi sudah mempunyai WiFi yang stabil, kos bulanan biasanya lebih rendah kerana tidak perlu menggunakan SIM card tambahan. Jika menggunakan router + SIM card, kos mungkin lebih tinggi kerana melibatkan caj data internet bulanan.
Untuk servis onsite, kami fokus kawasan KL & Selangor sahaja. Kawasan lain boleh hubungi kami dahulu untuk semakan awal dan cadangan lanjut.
SEDIA UNTUK UPGRADE KE CASHLESS?
WhatsApp kami untuk semakan awal mesin dan cadangan setup QR payment yang sesuai.

