CAPSULE & CANDY
VENDING MACHINE

BY | RAKAN VENDING |

MESIN VENDING MINI UNTUK BISNES LAYAN DIRI MODAL RENDAH

Mulakan bisnes vending dengan konsep yang lebih mudah, ringkas dan mampu milik melalui Capsule & Candy Vending Machine.

Mesin ini sesuai digunakan untuk menjual produk kecil seperti mainan kapsul, candy, coklat, kacang, gula-gula dan item surprise secara automatik. Dengan saiz yang kompak dan tidak memerlukan ruang besar, mesin ini sesuai diletakkan di pelbagai lokasi seperti kedai, dobi layan diri, car wash, restoran, hotel, ruang menunggu dan kawasan tumpuan keluarga.

Capsule & Candy Vending Machine juga sesuai untuk anda yang ingin mula belajar bisnes vending sebelum berkembang kepada mesin vending yang lebih besar.

MODAL PERMULAAN RENDAH

RISIKO LEBIH RENDAH

TIDAK MENGGUNAKAN ELEKTRIK

MARGIN KEUNTUNGAN TINGGI

APA ITU CAPSULE & CANDY VENDING MACHINE?

Capsule & Candy Vending Machine ialah mesin layan diri bersaiz kecil yang boleh menjual produk ringan dan produk kecil secara automatik.

Pelanggan hanya perlu memasukkan syiling atau membuat bayaran mengikut sistem mesin, kemudian mesin akan mengeluarkan produk seperti kapsul mainan, candy, coklat, kacang atau item kecil yang telah dimasukkan ke dalam mesin.

Konsep mesin ini mudah, tidak rumit dan sesuai untuk lokasi yang mempunyai aliran pelanggan, terutama kawasan yang dikunjungi oleh kanak-kanak, keluarga atau pelanggan yang sedang menunggu.

BAGAIMANA MESIN INI BEROPERASI?

Capsule & Candy Vending Machine berfungsi secara layan diri.

Pelanggan hanya perlu membuat bayaran mengikut tetapan mesin, kemudian memusing tombol atau menggunakan mekanisme mesin untuk mendapatkan produk.

Untuk model tertentu, produk akan keluar dalam bentuk kapsul, candy, coklat, kacang atau item kecil yang telah dimasukkan ke dalam bekas mesin.

Konsep ini mudah difahami pelanggan dan tidak memerlukan penjagaan sepanjang masa.

PRODUK YANG SESUAI UNTUK MESIN INI

  • Capsule & Candy Vending Machine boleh digunakan untuk pelbagai jenis produk kecil seperti:

    • Mainan kapsul
    • Candy
    • Coklat kecil
    • Kacang
    • Gula-gula keras
    • Produk surprise
    • Collectible item
    • Hadiah kecil
    • Aksesori kecil tertentu

    Jenis produk bergantung kepada model mesin, saiz bekas produk dan mekanisme keluaran mesin.

BOLEH KE PASANG QR PAYMENT PADA CAPSULE & CANDY VENDING MACHINE?

Ya, boleh dipasang pada model tertentu, tetapi ia bergantung kepada jenis mesin yang digunakan.

Untuk mesin capsule manual biasa yang menggunakan syiling dan tombol pusing, pemasangan QR payment biasanya memerlukan modification tambahan kerana mesin jenis ini tidak mempunyai sistem elektronik asal seperti motor, board atau controller.

Manakala untuk model digital / elektronik, pemasangan QR payment lebih sesuai kerana mesin sudah mempunyai sistem kawalan yang boleh disambungkan dengan terminal cashless.

Sebab itu, sebelum pemasangan dibuat, kami akan semak dahulu jenis mesin, sistem bayaran sedia ada dan kesesuaian teknikal mesin tersebut.

e & Candy Vending Machine sesuai untuk:

  • Individu yang baru ingin belajar bisnes vending
  • Pemilik premis yang mahu tambah income sampingan
  • Usahawan kecil yang mencari bisnes modal rendah
  • Pemilik kedai, dobi, car wash atau restoran
  • Mereka yang ingin mula kumpul pengalaman sebelum beli mesin vending besar
  • Operator vending yang mahu tambah produk kecil di lokasi sedia ada

KELEBIHAN UTAMA CAPSULE & CANDY VENDING MACHINE

1. Mudah Dimulakan

Mesin ini sesuai untuk beginner yang ingin mencuba bisnes vending dengan model yang lebih mudah dan tidak terlalu kompleks.

2. Kos Operasi Rendah

Bergantung kepada model mesin, sesetengah mesin tidak memerlukan elektrik dan lebih mudah diurus dari segi kos bulanan.

3. Mudah Dipantau

Anda boleh membuat pemantauan berkala untuk semak stok, kutipan dan keadaan mesin.

4. Fleksibel Dari Segi Produk

Anda boleh uji pelbagai jenis produk kecil untuk lihat mana yang lebih mendapat sambutan di lokasi tertentu.

5. Boleh Bermula Secara Kecil

Sesuai untuk mula dengan satu unit dahulu sebelum tambah mesin di lokasi lain.

LOKASI SESUAI UNTUK CAPSULE & CANDY VENDING MACHINE

Mesin ini sesuai diletakkan di lokasi yang mempunyai trafik pelanggan dan kawasan menunggu seperti:

MALL / KOMPLEKS PERNIAGAAN

Sesuai untuk kawasan yang mempunyai aliran pelanggan tinggi.

RESTORAN / KEDAI MAKAN

Sesuai untuk lokasi keluarga dan pelanggan yang datang bersama anak-anak.

RUANG MENUNGGU

Contohnya klinik, pejabat servis, pusat komuniti atau kawasan pelanggan menunggu giliran.

KEDAI RUNCIT / MINI MARKET

Lokasi mudah nampak dan kerap dikunjungi pelanggan harian.

PILIHAN MODEL CAPSULE & CANDY VENDING MACHINE

CIRI-CIRI UTAMA

Produk Kecil & Mudah Dijual
Sesuai untuk jual mainan kapsul, candy, coklat, kacang, gula-gula dan item kecil secara layan diri.
Tarikan Untuk Kanak-Kanak
Konsep kapsul dan candy mudah menarik perhatian kanak-kanak, keluarga dan pelanggan yang sedang menunggu.
Modal Permulaan Lebih Rendah
Pilihan sesuai untuk mula bisnes vending dengan kos lebih mampu milik berbanding mesin vending bersaiz besar.
Guna Ruang Kecil
Saiz mesin yang kompak memudahkan ia diletakkan di ruang terhad seperti kedai, dobi, restoran atau ruang menunggu.
Sesuai Pelbagai Lokasi
Sesuai untuk dobi layan diri, car wash, kedai runcit, restoran, hotel, mall kecil dan lokasi family friendly.
Kos Operasi Rendah
Sesetengah model manual tidak memerlukan elektrik, menjadikan operasi lebih mudah dan kos bulanan lebih rendah.

SPESIFIKASI

Jenis Mesin
Capsule & Candy Vending Machine / Mesin Kapsul & Gula-Gula Layan Diri
Produk Sesuai
Mainan kapsul, candy, coklat kecil, kacang, gula-gula keras, produk surprise & item kecil
Kapasiti
Bergantung kepada model mesin, saiz produk dan kapasiti bekas simpanan
Sistem Bayaran
Syiling / Token / QR Payment mengikut model mesin
Konsep Operasi
Manual layan diri / automatik selepas bayaran mengikut jenis mesin
Kuasa
Sesetengah model tidak memerlukan elektrik / bergantung kepada model mesin
Kelebihan Utama
Saiz kompak, mudah diletakkan, kos operasi rendah dan sesuai untuk bisnes vending modal rendah
Lokasi Sesuai
Dobi layan diri, car wash, kedai runcit, restoran, hotel, ruang menunggu, mall kecil & lokasi family friendly

APA YANG PERLU ANDA SEMAK SEBELUM LETAK MESIN?

Sebelum meletakkan Capsule & Candy Vending Machine di sesuatu lokasi, pastikan anda semak beberapa perkara penting:

Keselamatan Lokasi

Pilih kawasan yang selamat, mudah dipantau dan tidak terlalu terdedah kepada risiko vandalisme.

Trafik Pelanggan

Lokasi yang ramai orang lalu atau pelanggan menunggu biasanya lebih berpotensi.

Kesesuaian Produk

Pilih produk yang sesuai dengan jenis pelanggan di lokasi tersebut.

Kadar Sewa

Pastikan kadar sewa lokasi masih munasabah supaya margin keuntungan tidak terlalu kecil.

Jarak Dari Rumah / Tempat Kerja

Lebih baik pilih lokasi yang mudah anda pantau untuk urusan kutipan, refill stok dan semakan mesin.

SIAPA YANG SESUAI MEMULAKAN BISNES INI?

Capsule & Candy Vending Machine sesuai untuk:

  • Individu yang baru ingin belajar bisnes vending
  • Pemilik premis yang mahu tambah income sampingan
  • Usahawan kecil yang mencari bisnes modal rendah
  • Pemilik kedai, dobi, car wash atau restoran
  • Mereka yang ingin mula kumpul pengalaman sebelum beli mesin vending besar
  • Operator vending yang mahu tambah produk kecil di lokasi sedia ada

FAQ CAPSULE & CANDY VENDING MACHINE

Antara produk yang sesuai ialah capsule toy, candy, coklat kecil, kacang, gula-gula keras dan produk kecil lain mengikut kesesuaian mesin.

Bergantung kepada model mesin. Sesetengah model manual tidak memerlukan elektrik, manakala model tertentu mungkin mempunyai sistem tambahan mengikut spesifikasi mesin.

Lokasi sesuai termasuk dobi layan diri, car wash, kedai runcit, restoran, hotel, ruang menunggu, mall kecil dan lokasi keluarga.

Lokasi biasanya perlu dicari oleh pembeli sendiri. Namun, kami boleh beri panduan asas tentang ciri lokasi yang sesuai untuk mesin vending.

Pemantauan bergantung kepada jumlah jualan dan lokasi. Sebaiknya semak secara berkala untuk pastikan stok mencukupi, mesin bersih dan kutipan berjalan lancar.

BERMINAT NAK MULAKAN BISNES CAPSULE & CANDY VENDING MACHINE?

Jika anda sedang mencari mesin vending kecil yang mudah diurus, tidak perlukan ruang besar dan sesuai untuk mula bisnes layan diri, Capsule & Candy Vending Machine boleh jadi pilihan yang sesuai.

Kami boleh bantu anda semak jenis mesin, kesesuaian produk dan cadangan lokasi yang berpotensi.

konsultasi Percuma

Cadangan Lokasi

Analisis Keuntungan

Sebut harga

Rakan Vending Contact Bar
Rakan Vending Logo

© 2026 All Rights Reserved.

Scroll to Top